Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

  • Menempatkan guru-guru ke sekolah sebelum persekolahan sesi baru bermula.

  • Mencadangkan pengisian kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan/Penyelia Petang dan Guru Kanan ke Jabatan Pelajaran Negeri supaya kekosongan diisi dengan segera.

  • Memastikan tahap disiplin sekolah terkawal.

  • Memastikan penyertaan menyeluruh dan pencapaian yang cemerlang pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

  • Memastikan arahan-arahan berkaitan perkembangan kurikulum dan pelaksanaan dijalankan dengan cekap, teratur dan berkesan.

  • Memastikan pentadbiran ujian dan peperiksaan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, cekap dan amanah.

  • Sentiasa responsif terhadap aduan kerosakan fizikal sekolah.

  • Merancang, mengurus dan mengagih dengan segera dan cekap segala keperluan pelajar dan guru serta kakitangan.

  • Memastikan segala tuntutan-tuntutan guru dan kakitangan dibuat dengan penuh tanggungjawab.

  • Peka dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

© 2006 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Jalan Badlishah 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Telefon: 604-4212370 Faks: 604-4235645

PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

l Dasar Privasi l Dasar Keselamatan l Notis l Hak Cipta l