Sekapur Sireh
hjabdghani.jpg

HAJI ABD GHANI BIN HARON
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung budiman. Saya Haji Abd Ghani bin Haron, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan menjemput tuan/puan bersama-sama merealisasikan e-pentadbiran di daerah ini khususnya dan negara amnya demi wawasan kerajaan elektronik. Selaras dengan kemajuan Teknologi Maklumat (IT) masa kini, pelbagai perubahan dan perkembangan telah berlaku di dalam masyarakat kita.

Semua maklumat kini hampir boleh dicapai melalui sentuhan hujung jari sahaja. Konsep langit terbuka dengan jaring maya telah membawa pelbagai berita dan informasi dengan pantas serta terkini. Keadaan ini telah membuka satu dimensi baru kepada kita kakitangan awam dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan pengenalan rangkaian jalur lebar (broadband), segala maklumat menjadi lebih cepat, terkini dan pelbagai.

Dengan kecanggihan teknologi ini, kita tidak seharusnya lagi menoleh ke belakang dengan menggunakan kaedah dan tatacara lama dalam mengumpul dan mengemas kini maklumat. Kesinambungan itulah, maka Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan telah mengorak langkah mewujudkan e-pentadbiran bagi mempermudahkan segala urusan rasmi pejabat dengan cara mudah, murah, pantas, dan berkesan berhubung pengendalian setiap aspek pentadbiran. Dengan adanya e-pentadbiran ini, maka perancangan rapi berhubung pengurusan sumber manusia boleh dibuat dan diambil tindakan yang bersesuaian.

Sehubungan itu, langkah-langkah berikut hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah setiap hari:
1. Buka portal dan e-mel sekurang-kurangnya 2 kali sehari. (9.30 pagi dan 3.00 petang)
2. Jika ada e-mel diterima, maklumbalas 'sudah terima'.
3. Mencetak, menfail, meminit, dan melaksanakan tindakan.
4. Maklumbalas semula pada tarikh yang ditetapkan kepada pengirim atau pihak berkenaan.

Dengan itu, adalah diharapkan e-pentadbiran dapat digunakan semaksima mungkin bagi memudahkan kita mentadbir secara lebih cekap dan jitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian, terima kasih.

© 2006 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Jalan Badlishah 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Telefon: 604-4212370 Faks: 604-4235645

PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

l Dasar Privasi l Dasar Keselamatan l Notis l Hak Cipta l